Jalan yang dibenci orang,
Jalan yang tidak diterima oleh orang,
Jalan yang penuh dengan liku-liku kehidupan;
Jalan yang penuh cabaran dan dugaan,
Sudah beratus kilometer aku melalui jalan itu,
Setiap simpang dan setiap cabang,
Semua aku pilih berdasarkan penunjuk jalan.
Kerana aku percaya jalan yang ditunjuk,diajar,dipandukan dan dicadangkan
Semua akan memberi penghujung jalan yang senantiasa diterangi cahaya-cahaya lampu jalan..
Tapi kini,
Cahaya jalan yang kupilih menjadi semakin malap,
Semakin malap.. yang bakal membuatkan aku jalan tanpa hala tuju,
Aku berhenti dan melihat kembali mana salah aku,
Rupanya kereta yang aku bawak tidak diterima oleh alam
Penunjuk sudah kini tidak ingin memberikan aku jalan.
Aku buntu,sesat,dan mati akal ,
Semua itu berpunca dari aku sendiri,
Aku perlu membaiki dan menukar perangai aku,
Semoga penunjuk jalan akan memberi aku peluang sekali lagi
-mohd hanif
No comments:
Post a Comment